Wednesday, February 2, 2011

KEPUTUSAN PMR 2010

 Laporan Keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2010






Guru-guru berdebar-debar melihat keputusan PMR 2010.







Jumlah calon yang menduduki percubaan PMR pada tahun 2010 adalah seramai 172 orang. Bilangan calon lulus semua mata pelajaran adalah seramai 152 orang (88.4%) manakala 20 orang lagi calon gagal (11.6%).

Peratus pencapaian PMR pada tahun 2010 secara keseluruhannya meningkat berbanding tahun 2009 dengan kenaikan sebanyak 4.2% iaitu daripada 84.2% kepada 88.4%. Berlaku peningkatan pencapaian yang memberangsangkan bagi semua mata pelajaran yang mana tujuh mata pelajaran mencapai 100%.


Pencapaian terbaik secara keseluruhan, terdapat 8 orang pelajar mendapat 9A iaitu:


1. ANIS SHAHIRAH BINTI ZURAIMI
2. MAISARAH SYAZWANI BINTI RAMLAN
3. MAZLIYANI BINTI RAMLAN
4. MOHAMMAD SYAFIQ BIN ROSLI
5. MUHAMMAD NORAZI NAZREEL BIN MOHD YAZID
6. NUR FATIMAH BINTI MOHD AZIZI
7. RUQAYYAH BINTI DARMAWI
8. SITI NURHIDAYAH BINTI SAFUAN




Syukur Alhamdulillah keputusan tahun ni meningkat.






Adik Mohammad Syafiq b. Rosli Pelajar Cemerlang 9A PMR 2010
 bergambar kenangan bersama cikgu tersayang.




Kegembiraan seorang ibu dan bapa apabila melihat kejayaan anak tersayang 
adik Muhammad Norazi Nazreel bin Mohd Yazid.






Adik Ruqayyah binti Darmawi bergambar kenangan bersama ibu tercinta.

Adik Anis Shahirah binti Zuraimi bersama keluarga yang turut meraikan kejayaannya.




TAHNIAH kepada pelajar yang telah berjaya dengan cemerlang. Teruskan usaha anda. Kepada yang tidak berjaya...jangan putus asa..."Gagal Hari Ini Bukan Bermakna Anda Gagal Selama-lamaya"...Tingkatkan usaha anda untuk menggapai kejayaan dalam SPM nanti.

0 comments:

Post a Comment