SAM MUHAMMADIAH PEKAN SABAK

45200 SABAK BERNAM SELANGOR.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Tuesday, November 22, 2011

Keputusan Peperiksaan

Kepada semua pelajar dan ibu bapa/penjaga yang ingin menyemak keputusan peperiksaan akhir tahun bolehla kunjumgi laman web berikut saps.moe.gov.my kemudian klik pada semakan ibubapa masukkan no kad pengenalan pelajar. Sekian terima kasih.

Sunday, November 20, 2011

Asrama

Senarai nama pelajar yang layak tinggal di asrama akan diumumkan selepas 1 Disember 2011. Sekian terima kasih.

Wednesday, February 2, 2011

KEPUTUSAN SMA 2010



 
Ustazah Mas Azuraini mengumumkan pelajar terbaik SMA 2010

Majlis Penyampaian Slip Keputusan SMA 2010 telah diadakan pada 18/1/2011, di Dewan Besar SAM Muhammadiah Pekan Sabak. Alhamdulillah pada tahun2010 keputusan SMA sekolah  telah menduduki tempat ke 11 daripada 23 buah sekolah agama di Selangor, berbanding tahun lepas menduduki tempat ke 15. Seramai 136 calon berdaftar, seorang pelajar mendapat keputusan MUMTAZ iaitu adik NURUL IFFAH BINTI BADRULDIN, 36 orang perlajar mendapat Jayyid Jiddan, 46 orang Jayyid, 31 orang Maqbul, dan 22 orang Rasib. Majlis berjalan lancar. Kemudian Semua pelajar diminta menunaikan solat sunat Dhuha dan Sujud Syukur di Surau Sekolah.

Antara barisan guru yang hadir dalam majlis tersebut.

Ucapan Tuan Pengetua

Penyampaian Slip Keputusan kepada Pelajar Terbaik SMA 2010 
adik  NURUL IFFAH BINTI BADRULDIN
Tahiah!

KEPUTUSAN PMR 2010

 Laporan Keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2010






Guru-guru berdebar-debar melihat keputusan PMR 2010.







Jumlah calon yang menduduki percubaan PMR pada tahun 2010 adalah seramai 172 orang. Bilangan calon lulus semua mata pelajaran adalah seramai 152 orang (88.4%) manakala 20 orang lagi calon gagal (11.6%).

Peratus pencapaian PMR pada tahun 2010 secara keseluruhannya meningkat berbanding tahun 2009 dengan kenaikan sebanyak 4.2% iaitu daripada 84.2% kepada 88.4%. Berlaku peningkatan pencapaian yang memberangsangkan bagi semua mata pelajaran yang mana tujuh mata pelajaran mencapai 100%.


Pencapaian terbaik secara keseluruhan, terdapat 8 orang pelajar mendapat 9A iaitu:


1. ANIS SHAHIRAH BINTI ZURAIMI
2. MAISARAH SYAZWANI BINTI RAMLAN
3. MAZLIYANI BINTI RAMLAN
4. MOHAMMAD SYAFIQ BIN ROSLI
5. MUHAMMAD NORAZI NAZREEL BIN MOHD YAZID
6. NUR FATIMAH BINTI MOHD AZIZI
7. RUQAYYAH BINTI DARMAWI
8. SITI NURHIDAYAH BINTI SAFUAN




Syukur Alhamdulillah keputusan tahun ni meningkat.






Adik Mohammad Syafiq b. Rosli Pelajar Cemerlang 9A PMR 2010
 bergambar kenangan bersama cikgu tersayang.




Kegembiraan seorang ibu dan bapa apabila melihat kejayaan anak tersayang 
adik Muhammad Norazi Nazreel bin Mohd Yazid.






Adik Ruqayyah binti Darmawi bergambar kenangan bersama ibu tercinta.

Adik Anis Shahirah binti Zuraimi bersama keluarga yang turut meraikan kejayaannya.




TAHNIAH kepada pelajar yang telah berjaya dengan cemerlang. Teruskan usaha anda. Kepada yang tidak berjaya...jangan putus asa..."Gagal Hari Ini Bukan Bermakna Anda Gagal Selama-lamaya"...Tingkatkan usaha anda untuk menggapai kejayaan dalam SPM nanti.

Tuesday, February 1, 2011

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak adalah kesinambungan Sekolah Agama Menengah Batu 40. Sekolah ini bermula dari Kelas Menengah Darjah Khas Batu 36 Sekendi yang ditubuhkan pada tahun 1960. Pada tahun 1962 sekolah ini berpindah ke bangunan Madrasah Muhammadiyyah Batu 40 Sabak Bernam dengan kerjasama pihak yang berkaitan dan ehsan waris-waris al-marhum Tuan Haji Muhammad yang telah membina separuh madrasah tersebut.
            Pada tahun 1968 madrasah tersebut mendapat dua blok bangunan baru di tapak tersebut yang diwakafkan oleh waris-waris Tuan Haji Muhammad. Satu lagi bangunan telah ditambah pada tahun 1984. Akhirnya sekolah ini mempunyai 4 bangunan yang mempunyai 15 bilik darjah yang memuatkan lebih 500 orang pelajar dengan 36 orang guru. Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Agama Muhammadiyyah Batu 40 sempena nama al-marhum Tuan Haji Muhammad.
            Bertepatan dengan perkembangan dan permintaan yang mendesak dari penduduk tempatan dan permohonan dari kawasan bandar untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah agama, maka Kerajaan Negeri Selangor telah berusaha membina sekolah baru yang lengkap dengan segala kemudahan. Akhirnya pada 1 Ogos 1999 kerajaan Negeri Selangor telah membuat pecah tanah untuk tujuan itu. Pada 1 Ogos 2003, sebuah kompleks sekolah agama telah siap dan dinamakan Kompleks Sekolah Agama Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam.
            Pada tahun 2003, bilangan tenaga pengajar hanya seramai 23 orang. Bilangan ini bertambah dari setahun ke setahun selaras dengan bilangan pelajar yang berjumlah 814 orang pada tahun 2008. Pada tahun 2008 bilangan kakitangan berjumlah 10 orang dan bilangan guru berjumlah 55 orang.
            Pada tahun 2006, pihak Jabatan Agama Islam (Bahagian Pelajaran JAIS), Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (Kementerian Pelajaran Malaysia), telah membuat MoU. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
            Dari setahun ke setahun bilangan guru dan kakitangan sekolah saling bertukar ganti dan bilangan kakitangan yang bertugas semakin meningkat. Begitu juga dengan bilangan pelajar yang semakin bertambah. Pada tahun 2010, sekolah ini telah memperkenalkan 1 kelas Tingkatan 6 STAM. Selaras dengan itu bilangan guru telah bertambah kepada 68 orang guru dan 14 kakitangan. Jumlah pelajar telah bertambah sebanyak 848 orang pelajar. Pada tahun 2011, kelas STAM telah bertambah kepada 2 kelas. Bilangan pelajar bertambah kepada 946 orang pelajar.


LENCANA SEKOLAH

LENCANA SEKOLAH 
SAM MUHAMMADIAH PEKAN SABAK

Bulan dan bintang melambangkan sekolah yang berteraskan agama Islam
Buku melambangkan pelajar sekolah yang rajin membaca, mencari dan menghayati ilmu untuk kemajuan
Al-Ilmu Nur  memberi maksud Ilmu ibarat cahaya
Geometri melambangkan sains dan teknologi yang maju
Melambangkan 6 Rukun Iman
5 bulatan ini melambangkan Rukun Islam yang lima

PENGERTIAN WARNA LENCANA SEKOLAH

WARNA MERAH
·        Menandakan semangat tinggi yang membara
·        Keberanian menghadapi cabaran dan berdaya saing

 WARNA HIJAU
·        Merupakan warna rasmi agama Islam dan juga warna alam
·        Menunjukkan kepekaan terhadap alam sekitar demi menjaga keharmonian sejagat

WARNA KUNING
·        Melambangkan kesetiaan kepada raja dan negara serta ketaatan terhadap keluhuran perlembagaan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh sekolah, agama dan negara
·        Melambangkan kegemilangan dan kecemerlangan

WARNA PUTIH
·        Melambangkan kesucian dan keimanan serta keluruhan budi pekerti
·        Melambangkan bersih dan bersikap sederhana dalam semua hal